Mommy Suhail: Berpantang Rumah Opah

Wednesday 2 March 2016

Berpantang Rumah Opah

Alhamdulillah, lepas je discharge daddy terus bawak kita balik. Mommy decide nak berpantang rumah opah. Ye lah, Suhail kan anak first mommy and daddy. Kiteorang tak de pengalaman lagi plus mommy pun tak tahu nak pantang macam mana. Nasib opah excited nak jaga kita.

Ramai yang datang ziarah Suhail kat rumah opah. Paling ramai kawan-kawan opah lah hehe Hadiah dan sumbangan pun banyak yang Suhail dapat. Terima kasih semua! :) Sepanjang duduk rumah opah Suhail baik je. Merengek bila nak susu. Tapi mommy risau kuning Suhail tak baik baik lagi.

Kita asyik ulang alik hospital je, tak sampai hati betul mommy tengok Suhail kene cucuk amek darah. Paling mommy lemah bila dengar Suhail menangis. Allah rase nak ketuk je nurse-nurse tu sebab buat Suhail sampai menangis. Tapi tak boleh sayang, tak de nurse tu tak tahu lah mommy macam mana. Terima kasih nurse semua.

Tiga minggu kat rumah opah, mommy and daddy decide nak balik rumah kita. Mommy pun dah ok sikit, boleh uruskan diri dah. Sepanjang perjalanan balik dalam kereta Suhail asyik tido je. Maybe dah terbiasa agaknya. Ye lah time mengandungkan Suhail dulu mommy asyik berjalan sana sini je. hehe

Paling mommy suka dalam pantang ni, daddy layan mommy best sangat. Daddy uruskan Suhail selalu jugak lah. Basuh poo poo Suhail, mandikan Suhail. Mommy rehat rehat je. Dekat rumah kita pulak daddy yang kemas rumah, mop lantai, masak, kemas kan abang Bobby, kakak Kiki and Kakak Black. Beruntung betul kita kan Suhail dapat daddy? Terima kasih daddy! mmmuuaahhhh!

Sekarang mommy tinggal beberapa hari je lagi nak start kerja. Ish dilema betul mommy. Dengan stok susu untuk Suhail tak cukup lagi. Risaunya...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...